Friday, March 25, 2011

Amaran Hujan Lebat


Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Jingga)
Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat yang dikeluarkan pada 2.00 pagi 25 Mac 2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga). Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Pasir Mas) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu) dijangka berterusan sehingga petang, Jumaat 25 Mac 2011.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

Dikeluarkan pada: 05:55am pada 25 Mac 2011 oleh Jabatan Meteorologi Malaysia

Thursday, March 24, 2011

Semak Keputusan SPM



Nak check result SPM, taip:


SPM SEMAK [NoKP] [NoGiliran] 
SMS ke 15888


Sekian, terima kasih.

Saturday, March 19, 2011

Iffat Syakirin


Alhamdulillah... My 2nd son named Iffat Syakirin safely born on 13 March 2011 at 20:51.
2.73kg at HSNZ Kuala Terengganu.

lepas keluar labour room

day 1


day 2

day 3


day 5

day 6

Thanks to my wife, Nuyu Asyah yang bersusah payah mengandung & bersalin..
Alhamdulillah semua selamat..

Sunday, March 13, 2011

Terkilan

Saya sedih dan terkilan kerana tak dapat masuk teman isteri tercinta kat dalam labour room.. Maybe nama saya dipanggil time saya ke surau time maghrib tadi.. Tapi bile plak isteri ke labour room? Pelik tapi benar..
Saya terkejut bile terdengar, 'suami kepada nuyu asyah'.. Ingatkan nak teman isteri tapi baby dah selamat dideliverkan utk saya azankan.. Terkilan..
Saya beriya beli makanan nak bagi isteri rupanya dah ke labour room.. Sepatutnya pihak hospital update la nama kat white board tu ibu yang telah ade dalam labour room.. Ni yang ada nama pada 10 Mac je padahal harini dah 13 Mac.. Tiga empat kali gi tengok nama kat situ.. Sadis..
Apepun, Alhamdulillah la semua selamat.. Ahmad Ilman Solihin dah jadi abang kepda Iffat Syakirin.. Alhamdulillah...

Thursday, March 3, 2011

Diskaun saman dilanjutkan

Menurut kenyataan berita semalam, diskaun untuk saman trafik dilanjutkan sehingga 10 Mac 2011.
Ini kerana banyak rungutan diterima yang mereka tak dapat nak bayar saman pada hari terakhir. Jadi, bagi sesapa yang tak bayar lagi, ambik la peluang ini. Jangan tunggu 10 Mac baru nak bayar...