Wednesday, August 17, 2011

Kampus UniSZA di Besut

Kampus UniSZA di Besut yang melibatkan kos kira-kira RM300 juta dijangka siap September 2012.

Kampus itu akan menempatkan tiga fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Bioteknologi dan Sains Makanan yang akan menempatkan kira-kira 1000 pelajar.

Fakulti Haiwan yang kini di bawah Fakulti Pertanian akan diasingkan menjadi fakulti baru. - Petikan dari Bernama

Wednesday, August 10, 2011

Terengganu, Pahang umum bonus separuh bulan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu dan Pahang adalah dua kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

"Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam," kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Katanya, ia membabitkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.
Ahmad berkata, bayaran itu membabitkan peruntukan RM10 juta.

Di Kuantan, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pembayaran bonus melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satu pembaziran sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara. - BERNAMA